Perkongsian terbaharu pelakon, Betty Rahmad di TikTok memaparkan ibunya, Asmah Mohd Ali atau lebih mesra disapa Mak Semah bersama penyanyi, Amira Othman telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erma Fatima Respon Seloroh Rosyam Nor ‘Suggest’ Kahwin Dengan Fattah Amin – ‘Nafsu Saya Nak Kahwin Dah Tertutup’
‘Along nak rampas kekasih dia mak’
@bettyrahmadali Confirm Che Semah tak restu hubungan Makcun & Fatah guys? #fyp ? original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Amira yang menyertai program agama di rumah Betty sedang bersalaman bersama Mak Semah.
Sedang bersalaman, Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali kemudiannya berseloroh mengatakan kakaknya, Erma Fatima mahu merampas pelakon, Fattah Amin daripada Amira.
Mak, dia inilah yang Along (Erma) rampas kekasih dia mak.
Dia pakai kasut Fattah, mak.
Mendengar kepada aduan anaknya itu, Mak Semah turut berseloroh mengatakan dirinya mahu membelasah Erma sekiranya mahu merampas Fattah daripada Amira.
Betul ke ini? Aku belasah dia karang.
Aku tak payah tunggu dia (Erma) balik rumah, dekat lapangan terbang juga aku belasah dia nanti.
Dengan Fattah Amin sekali aku belasah, hahaha.
Komen netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Mak Semah yang melayan gurauan Betty terhadap Amira.
Terdahulu, pelakon tersohor Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian apabila berseloroh mengatakan Fattah sesuai jika dijodohkan bersama Erma Fatima.
Erma kemudiannya membalas seloroh itu dengan mengatakan sudah tidak mempunyai nafsu untuk berkahwin dengan mana-mana jejaka termasuklah Fattah.
Sumber: TikTok