Seorang individu berkongsi kejadian misteri yang dialami di rumahnya selepas pulang dari kerja pada jam 1.30 pagi.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara ‘Dajal’, Jari Tengah Tangan Kiri Amir Nafis Patah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Michael Ang Tak Boleh Jejak Kaki Ke Tanah Perkuburan – ‘Kubur Cina Ke Islam, Kalau Pergi Mesti Akan Sakit’
Tanah kubur, nampak pocong
Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang dikenali sebagai Arul berkata, ketika memasuki bilik, dia mendapati tilamnya dipenuhi dengan tanah didakwa tanah kubur dan beberapa biji paku.
Jam 1.30 pagi pada tarikh 13 Februari 2025. Aku singgah beli burger sebelum balik rumah. Sampai rumah aku parking motor macam biasa dan buka pintu, kemudian beri salam.
Masuk rumah aku rasa sunyi sangat. Aku pun masuk bilik dan buka lampu tengok katil aku penuh dengan habuk. Sekali tengok kali kedua, rupanya tanah kubur siap ada paku atas katil.
Berasa tidak sedap hati, individu berkenaan kemudian membuat keputusan untuk keluar dari rumahnya pada pagi tersebut.
Bagaimanapun, sebelum meninggalkan kediaman, dia mendakwa ternampak kelibat sosok pocong di kawasan dapur serta di hadapan rumah.
Bila nampak tanah itu, aku dah start ‘shaking’. Aku sempat berselawat, tapi aku tak boleh tahan. Aku pun keluar dari rumah.
Sebelum keluar aku nampak kelibat pocong dekat dapur dengan dekat bawah pokok mangga depan rumah.
Bulu roma aku sumpah naik, apa yang aku nampak sumpah real. Tak ada masa aku nak rakam.
Sementara itu, rata-rata wargamaya menasihati individu terbabit untuk mendapatkan rawatan Islam.
Malah, ada juga yang mendakwa sekiranya terlihat kelibat pocong berkemungkinan dengan tujuan sihir.
Sumber: TikTok