Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Sae-ron ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul, pada Ahad.
Salam takziah
Memetik laporan Korea Times, kematian aktres yang terkenal menerusi filem The Man from Nowhere dan The Neighbors itu hanya disedari oleh seorang rakan yang merancang untuk bertemu dengannya. Difahamkan, rakan mangsa menelefon pihak polis susulan gagal menghubungi aktres berusia 24 tahun itu.
Polis Seoul mengesahkan tidak menemui sebarang tanda unsur jenayah di lokasi kejadian bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan lanjut.
Pada tahun 2022, Kim Sae-ron mencetuskan kontroversi apabila ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam di Gangnam, Seoul.
April lalu, Kim cuba kembali ke dunia lakonan dengan menyertai sebuah pementasan teater. Namun, dia akhirnya menarik diri akibat kontroversi yang melanda serta masalah kesihatan yang dihadapinya.
Sumber: Korea Times