Usahawan dan isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida meninggalkan wasiat kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan sekiranya ditakdirkan dirinya meninggal dunia suatu hari nanti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Dedah Pernah Terfikir Gugur Kandungan, Tersentak Selepas Dinasihati Doktor – ‘Rezeki Anak Tak Nak, Tapi Duit Dikejar-Kejar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Dedah Aliff Mula Berniaga Dari Bawah, Pernah Guna Surat Khabar Ganti Langsir– ‘Dia Tak Balik Rumah Selagi Tiada Hasil’
Wasiat Shahida buat anak-anak
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shahida atau nama lengkapnya Shahida Mohd Rashid menitipkan pesanan penting kepada Ammar untuk meneruskan legasi perniagaan yang telah dibangunkan dan tidak menutup syarikat mereka.
Kalau saya meninggal dunia, saya pesan kepada Ammar supaya jangan tutup syarikat dan teruskan perniagaan mama.
Kalau tak pandai berniaga atau buat live menjual, boleh bantu Qadijah buat live, sementara Ammar menguruskan bahagian pengurusan.
Shahida turut menjelaskan bahawa sejak kecil, anak-anaknya telah dididik tentang dunia perniagaan bukan kerana ingin menggunakan tenaga mereka, tetapi sebagai persediaan untuk masa hadapan.
‘Jangan sesekali adik beradik berpisah’
@hotmamashop Wasiat Buat Anak-Anak Mama ??? #datinshahidadherbs #wasiat #matiitupasti #dherbsterlajaklaris #aliffsyukri #terlajaklaris #produkdherbs #dherbs #ketiakglowing ? bunyi asal – HotMama Shop
Dalam pada itu, Shahida juga mendedahkan bahawa setiap bulan dia menyimpan wang untuk anak-anaknya sebagai jaminan sekiranya sesuatu berlaku kepadanya dan suami, Aliff Syukri.
Saya memang menyimpan duit setiap bulan untuk anak-anak. Kalau apa-apa terjadi pada saya, mereka masih ada wang untuk meneruskan kehidupan. Kita perlu ada persediaan dan perancangan untuk mereka.
Andai kata kami meninggal dunia dan mereka tiada duit untuk meneruskan hidup, saya sudah berpesan kepada Ammar supaya pergi ke pejabat dan lihat maklumat rumah sewa.
Gunakan duit kutipan sewa rumah untuk menampung diri dan adik-adik. Dan yang paling penting, jangan sesekali adik-beradik berpisah.
Tambah Shahida lagi, adalah penting untuk setiap ibu bapa membuat perancangan buat masa depan anak-anak termasuk dari segi kewangan sebagai persediaan sekiranya mereka tiada kelak.
Sumber: TikTok