Selepas dua tahun penantian, penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Nadin Amzah bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur sekali gus memenuhi permintaan peminat di sini.
Artikel Berkaitan: 2,500 Penonton Terpukau Dengan Konsert Hitam Manis! Trio Hazama, Hattan & Black Buat ‘Tribute’ Untuk Arwah Jay Jay
Artikel Berkaitan: Cakra Khan ‘Divine Concert’ Bakal Gegarkan Singapura & Malaysia Julai & Ogos Ini
‘Malam Mendengar’
Membawa konsep istimewa, Persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur, akan diadakan pada 16 Mei depan di Zepp Kuala Lumpur.
Nadin yang teruja dengan persiapan konsert itu berkata selepas kejayaan acara ‘Malam Mendengar’ di Jakarta tahun lalu, dia akhirnya membawa konsep tersebut ke Malaysia.
Ujarnya, konsep istimewa itu bukan sekadar persembahan biasa, tetapi pengalaman yang dicipta untuk mendekatkan diri dengan peminatnya melalui muzik.
Kami sangat teruja dapat membawa ‘Malam Mendengar’ ke Kuala Lumpur selepas kejayaannya di Jakarta.
Saya berasa sangat gembira dan terharu, tapi pada masa sama gementar untuk memenuhi ekspektasi peminat di Malaysia.
Menurutnya, persembahan itu menjadi lebih istimewa kerana susunan muziknya yang lebih segar dan berbeza daripada yang sebelum ini.
Jelasnya, ini adalah kali pertama dia akan mempersembahkan gubahan muzik orkestra.
Saya berharap peminat di Malaysia dapat meluangkan waktu untuk menonton persembahan ‘Malam Mendengar’ ini.
Dan juga menjadi saksi progres yang saya buat sebagai pemuzik dari pertama kali berkunjung ke Malaysia.
Tiket sudah mula dijual
Untuk makluman, tiket bagi konsert tersebut sudah mula dijual pada 12 Februari lalu di laman sesawang www.golive-asia.com.
Tiket tersebut dijual dengan harga Tawa (RM658); Sorak Sorai (RM258); Sorai (RM238); Kekal (RM248) dan Bunga Tidur (RM178).
Sementara itu, bagi mereka yang ingin berjumpa dengan Nadin boleh menambah tiket tambahan sebanyak RM298 bagi acara Meet & Greet.
Sumber: Instagram