Penyanyi Sufi Rashid menepis dakwaan berkenaan memilih untuk tidak berkongsi gambar anak kerana bimbang terkena penyakit ain.
Artikel Berkaitan: Sufi Rashid Syukur Rakan Niaga Kena Bayar Ganti Rugi RM165K
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sufi Rashid Bakal Timang Anak Pertama Selepas 5 Tahun Kahwin, Bawa Isteri Tonton Konsert Adele Di Jerman Sebab Mengidam
‘Tiada istilah penyakit ain’
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Sufian Rashid itu berkata keputusan itu dibuat susulan mahu menjaga hati kawan-kawan yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Ramai sangat yang membuat andaian sebegitu, tetapi sebenarnya tidak. Kami (saya dan isteri) tiada terfikir pasal penyakit ain atau sebagainya.
Saya ada ramai kawan-kawan yang sedang mencuba (untuk mendapatkan anak). Mereka ada yang sudah berkahwin lapan atau sembilan tahun.
Selama lima tahun kahwin, saya dengan isteri memang merancang tidak pernah mencuba. Akhirnya apabila mencuba, tidak sangka sangkut.
Akan kongsi nanti
Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, dia akan berkongsi gambar anak perempuannya apabila sudah mencapai umur setahun.
Bagaimanapun, Sufi berkata dia dan isterinya tidak menyorokkan muka anaknya apabila berada di luar namun berhati-hati di media sosial.
Kami sangat gembira untuk kongsi gambar anak tetapi mahu menjaga hati kawan-kawan.
Kami tunjuk sahaja muka anak apabila berada di luar, tetapi apabila dalam media sosial saya tidak tunjuk.
Mungkin apabila capai umur setahun baru kami kongsi. Tiada istilah penyakit ain, kami memang mahu jaga hati kawan-kawan.
Sebelum ini, Sufi dan isterinya, Nurul Ain Md Yusof mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.
Hasil perkahwinan selama lima tahun itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada November 2024,