Anak kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Noah berhadapan situasi cemas apabila menerima sepucuk surat daripada rakan perempuanya.
Artikel Berkaitan: Dr. Sheikh Muszaphar Syukur Beristerikan Dr Halina – ‘Terima Kasih Untuk 7 Orang Anak Yang Hebat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr. Sheikh Muszaphar & Isteri Kongsi Momen Hantar Anak Sulung Masuk Asrama
Panik terima ‘I love you’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Dr Sheikh Muszaphar berkongsi momen Noah meminta izin untuk tidak hadir ke sekolah kerana malu untuk berhadapan rakan sekelasnya itu.
Menurutnya, Noah panik apabila menerima surat yang mengandungi mesej ‘i love you’.
Noah mesej saya semalam semasa saya masih lagi di Sibu.
Dia panik sebab ada seorang rakan perempuan yang menulis surat kepadanya.
Surat itu mengandungi mesej ‘I Love You‘.
Sekarang Noah tidak mahu ke sekolah kerana dia malu dan takut.
Mereka baru darjah dua.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar dilihat turut terhibur dengan kereneh anak lelakinya yang berhadapan situasi tersebut.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kereneh Noah yang tidak senang duduk. Selain itu, warganet turut memuji tindakan Noah yang berkongsi secara terbuka kepada ibu bapanya.
Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar