Pelakon terkenal, Shukri Yahaya memilih untuk menolak sebarang tawaran watak lelaki ‘red flag’ atau berperwatakan toksik dalam drama buat masa ini.
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Setia, Meri Perkenal Aplikasi & Belanja RM10 Juta Hadiah Kepada Pelanggan – ‘Untuk Tahun 2025 Tidak Ada Harap Maaf’
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Semakin Rajin Mengaji Selepas Isteri Pakai Niqab – ‘Dia Beri Saya Aura Yang Positif’
‘Saya sudah lali dengan kecaman’
Ketika ditemui OhBulan!, Shukri berkata, meskipun sudah terbiasa menerima kecaman namun keputusan itu dibuat kerana kritikan netizen terhadap lakonannya sebelum ini dirasakan melampaui batas.
Mendedahkan perkara tersebut, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya mengakui ada segelintir netizen yang terlalu terbawa-bawa dengan watak yang dilakonkannya sehingga menyangka ia menggambarkan personalitinya di dunia nyata.
Saya sudah lali dengan kecaman. Ada yang maki, hantar mesej panjang berjela, malah ada juga yang melabel saya dengan stereotaip tertentu. Tapi saya tak anggap itu sebagai sesuatu yang berat.
Setiap kali selesai satu drama, saya akan ubah gaya rambut kembali seperti biasa. Tapi masih ada netizen yang kata, ‘ingatkan tadi itu betul-betul perangai sebenar, rupanya hanya berlakon.
Susulan daripada itu, Shukri memilih untuk berehat seketika daripada watak-watak sedemikian dan meminta pihak produksi agar menawarkan watak yang lebih tenang dan positif.
Saya dah berbincang dengan pihak televisyen dan meminta mereka tawarkan saya drama yang lebih tenang.
Kalau boleh, biarlah watak yang lebih ‘green flag’. Saya bimbang jika terus bawa watak toksik, orang akan terbawa-bawa dan terus mengecam.
Dalam masa yang sama, Shukri turut berharap agar netizen tidak melibatkan keluarganya dalam sebarang kritikan atau kecaman yang timbul berikutan watak yang dilakonkannya.