Meskipun sudah memasuki usia 40-an, pelakon Datin Anne Ngasri dilihat tidak dimamah usia apabila wajahnya kekal kelihatan cantik seperti dahulu kala.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini & Anne Ngasri Hiasi Muka Depan Mingguan Wanita
Artikel Berkaitan: ‘Syukur Allah Berikan Seorang Adik Yang Tempatnya Insya-Allah Di Syurga’ – Anne Ngasri
‘Pakai mekap je’
Menerusi video dimuat naik di TikTok, pemilik nama Naszriah Ngasri itu tidak dapat menyorokkan kegembiraan apabila ditanya mengenai kecantikkannya.
Ujar pelakon berusia 40 tahun itu, faktor ketinggian juga memainkan peranan memandangkan dia seorang yang bertubuh genit.
Tidaklah (nampak) muda. Saya pakai mekap sahaja. Kalau buang (mekap) nampak kedutannya.
Mungkin sebab saya kecil (orangnya). Pendek dan rendah jadi orang akan kata saya nampak muda. Macam adik-beradik saya yang lain, nampak kecil sahaja.
Tetapi anak saya nasib baik tidak ikut jejak langkah saya. Semua tinggi-tinggi, alhamdulillah.
Ketika ditanya mengenai usia anaknya, Anne menjelaskan anak sulungnya kini sudah meningkat dewasa apabila menghampiri umur 20 tahun.
Anak-anak sudah besar, ada enam orang.
Alhamdulillah, anak sulung dah masuk umur 19 tahun, anak kedua umur 18 tahun, anak ketiga umur 16 tahun, anak keempat umur 14 tahun, anak kelima berumur 11 tahun dan bongsu umur tujuh tahun.
‘Keturunan baby face’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju bahawa wajah pelakon itu masih sama ketika dia berusia 20-an.
Sesetengah mereka juga tidak mempercayai bahawa aktres itu sudah memiliki enam orang anak.
Sumber: TikTok