Shopee sekali lagi menggegarkan dunia e-dagang dengan penganjuran Shopee House: Rumah Terbuka Shopee, acara eksklusif yang menghubungkan lebih 900 Shopee Affiliate dan 30 jenama terkemuka menjelang musim Ramadan dan Raya 2025!
Artikel Berkaitan: Jom ‘Raya Stail Kita’ Dengan Busana Tradisional Di Shopee – Boleh ‘Return’ Percuma Dalam 15 Hari!
Artikel Berkaitan: Risau ‘Over Spend’, Ini Rupanya Rahsia Shopping Raya Paling Berbaloi Yang Ramai Tak Sedar
Shopee Affiliate: Game Changer Dalam Dunia E-Dagang
Sempena ulang tahun ke-10 Shopee, inisiatif ini membuktikan komitmen platform e-dagang terkemuka ini dalam menyokong pencipta kandungan digital dan memperkasa perniagaan tempatan. Dengan insentif khas dan teknologi terkini, Shopee bukan sahaja membantu jenama berkembang tetapi juga memberi peluang kepada affiliate untuk menjana pendapatan melalui kandungan kreatif mereka!
Shopee Affiliate kini bukan sekadar alat pemasaran, tetapi menjadi trendsetter utama dalam cara pengguna membeli-belah. Sepanjang 2024, jumlah pesanan yang dijana melalui affiliate meningkat sebanyak 81%, menunjukkan kuasa besar yang dimiliki oleh komuniti ini dalam mempengaruhi keputusan pembelian!
Dengan Shopee Live dan video dagang, sesi strim langsung semakin menjadi pilihan, malah jumlah pesanan melalui Shopee Live melonjak sehingga 248%! Ini membuktikan bahawa pengguna lebih cenderung membeli apabila mereka melihat produk secara real-time daripada pencipta kandungan kegemaran mereka.
Khairul Aming & Iman Kamil Bongkar Rahsia Kejayaan!
Tak sah kalau bercakap tentang dunia content creation tanpa menyebut dua nama besar ini – Khairul Aming & Iman Kamil! Dalam sesi perkongsian khas di Shopee House, mereka berkongsi tips dan pengalaman tentang bagaimana affiliate boleh berjaya dalam industri ini.
Penstriman langsung mungkin mencabar pada awalnya, tetapi dengan komuniti dan sokongan yang kukuh, sesiapa sahaja boleh berjaya. Shopee Affiliate membuka peluang untuk belajar, berhubung, dan membina keyakinan. Mulakan kecil, kekal autentik, dan teruskan meneroka. – Khairul Aming
Meluaskan capaian kandungan bukan sekadar tentang algoritma, tetapi juga membina hubungan. Shopee House memberi ruang untuk berinteraksi dengan jenama dan menemui peluang baharu. Dengan Program Shopee Affiliate, pencipta kandungan boleh pupuk minat menjadi pendapatan. Kekalkan konsistensi dan keaslian. – Iman Kamil
Lebih mengejutkan, Shopee turut mengumumkan bahawa kumpulan popular De Fam akan menjadi duta kempen Ramadan Raya 2025! Trio ini bakal mengambil alih akaun Shopee Mamak pada 10 Mac jam 8.30 malam untuk sesi strim langsung yang menjanjikan pelbagai kejutan, termasuk rancangan permainan interaktif serta perkongsian istimewa sempena bulan puasa.
Jenama Terkenal Sertai Shopee House!
Shopee House turut menampilkan pelbagai jenama besar yang menyokong program affiliate, termasuk 3CE, Kérastase, Kiehl’s, L’Oréal Paris, UNIQ, Wardah, ZUS Coffee, dan banyak lagi! Kehadiran jenama-jenama ini membuktikan betapa pentingnya pemasaran berasaskan kandungan dalam dunia e-dagang moden.
Dengan Shopee terus memperkenalkan Livestream Ads Incentives dan Content Creator Club, lebih ramai affiliate dijangka akan menyertai revolusi ini. Jadi, kalau anda seorang content creator atau ingin menjana pendapatan melalui Shopee Affiliate, inilah masanya untuk terjun ke dalam dunia e-dagang strim langsung!