Pelakon Fatiya Latiff akhirnya tampil bersuara bagi menjawab spekulasi netizen mengenai perubahan wajahnya yang hangat diperkatakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Tak Suka Posting IG Saya Abaikan, Pergi Dengar Ceramah Ustazah’ – Fathia Latiff Penat Layan Netizen
Artikel Berkaitan: ‘Anak Ikan Siapa Yang Dibayar Ni?’ – Netizen Risau Fathia Latiff Kerap Tukar Pasangan
Tak kisah kecaman netizen
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata dia tidak melihat sebarang perubahan ketara pada wajahnya seperti yang diperkatakan. Sebaliknya menegaskan bahawa perubahan tersebut mungkin disebabkan faktor usia.
Saya rasa itu pendapat masing-masing. Bagi saya, wajah saya sama sahaja. Mungkin faktor usia yang menyebabkan sedikit perubahan, tetapi saya tak kisah pun jika orang bercakap mengenai wajah saya.
Saya terima sahaja dengan hati terbuka.
Menurut Fatiya, buat masa ini dia tidak menjalani sebarang rawatan kecantikan, tetapi mengakui pernah mendapatkan prosedur tertentu sebelum ini.
Sekarang memang saya tak buat apa-apa pada wajah saya. Dulu adalah, tapi hanya untuk rawatan ‘eye bag’ dan melicinkan kulit muka. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat.
Fatiya berkata demikian ditemui pada majlis sidang media drama Bidaah pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose ini mengakui jarang memuat naik hantaran serta membaca komen di media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.
Saya hanya memuat naik hantaran berkaitan kerja sahaja, selain itu saya jarang menggunakan media sosial. Ini adalah cara saya menjaga kesihatan mental.
Dalam perkembangan terbaru, Fatiya bakal muncul drama Bidaah yang mengisahkan ajaran sesat turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Riena Diana, Fattah Amin, Vanida Imran, Fazlina Ahmad Daud, Hasnul Rahmat dan Malia Baby.
Drama 15 episod itu akan mula ditayangkan di laman penstriman popular, Viu bermula 6 Mac ini.