Foto: Kosmo
Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, dalam satu kejadian di Sungai Petani, Kedah pada pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: Hud Aryan Ditemui Meninggal Dunia, May*t Tersangkut Pada Pokok Di Muara Sungai
Artikel Berkaitan: Ramadan Pertama Tanpa Bapa, Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu – ‘Takkan Pernah Sama & Surut’
Rebah, tak sedarkan diri
Memetik laporan Kosmo, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, tidak sedarkan diri selepas melepasi garisan penamat dalam acara sejauh enam kilometer itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda iaitu Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, mangsa yang dikenali sebagai seorang pelajar aktif dalam sukan telah menyertai acara tersebut bersama rakan-rakannya.
Guru bertugas bersama pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) kemudian telah membawa pelajar itu ke khemah di situ dan memberikan bantuan pertolongan cemas, namun pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas.
Mangsa yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatam kemudian disahkan meninggal dunia.
Hasil temu bual pihak kita dengan bapa mangsa mendapati anak mereka itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit dan merupakan pelajar aktif bersukan.
Semakan pihak kita juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis membenarkan anaknya menyertai acara sukan tersebut.
Hasil pemeriksaan awal pihak polis ke atas mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.
Sumber: Kosmo