Bagi yang mengikuti perkembangan seorang selebriti wanita ini, sudah pasti sedia maklum bahawa suaminya memiliki sikap yang agak lantang berbicara dan berfikiran terbuka terhadap semua perkara.
Kisah bermula apabila isterinya beberapa hari lalu telah memuatnaik sekeping gambar daripada keratan akhbar menerusi akaun Instagram mengenai isu penggunaan nama ‘Allah’ di Malaysia. Berikutan isu itu masih panas, ramai peminat telah memberikan pendapat masing-masing.
Walaubagaimanapun, salah satu komen daripada suaminya itu dianggap agak melampau dan ada segelintir peminat yang menegur tindakannya itu. Namun, nasihat positif itu tidak diendahkan langsung.
Masing-masing sudah semestinya ada rasional sendiri terhadap isu tersebut. Mungkin niatnya hanya ingin mempertahankan isterinya, namun pada kami biarlah ianya diulas secara berhemah dengan penggunaan ayat yang ditapis.
OHBULAN! bukanlah ingin memperbesarkan perkara ini, tetapi hanya ingin memberikan pendapat mengikut logik pemikiran yang natural.