Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Azura, berkongsi sebuah kisah di mana seorang ibu tidak mengawasi gerak geri anak-anaknya ketika berada di dobi.
Main telefon
@azurasapari618 KORANG YG MENDOBI BWK ANK2 TU JAGA LAH ANAK ELOK2.. AKU MMG CUAK GILERRR..AKU PIKIR ANAK DIA KURANG OKSIGEN KE APA.. YG AKU GERAM MAK DIA LANGSUNG XDE TERIMA KASIH WEHHH… #fyp?
Menurut Azura, si ibu kelihatan ralit bermain telefon tatkala menunggu pakaian yang sedang dibasuh di dobi. Pada masa yang sama, anak-anaknya dibiarkan aktif bermain tolak-tolak bakul yang berada di dobi tersebut. Enggan mempeduli situasi tersebut, Azura mengambil keputusan untuk menunggu di dalam kereta.
Semasa di dalam kereta, Azura ternampak kanak-kanak tersebut yang dipercayai si abang sedang memasukkan adiknya ke dalam salah satu mesin basuh. Terkejut melihat situasi tersebut, Azura bergegas keluar dari kereta dan menegur si ibu. Wanita tersebut terus memarahi anak-anaknya yang dipercayai berusia antara 4 hingga 5 tahun.
@azurasapari618
Tambah Azura, mujurlah tiada perkara buruk yang berlaku pada masa itu. Jelasnya lagi, pintu mesin basuh itu boleh dibuka pada waktu kejadian. Di akhir video, Azura berharap perkongsiannya itu dapat dijadikan pengajaran buat semua khususnya ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak-anak kecil.
Sumber: Azura