
Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan ada golongan agamawan yang cuba mendekati dan ingin berkenalan dengan dirinya.
Artikel Berkaitan: A Aida Ikhlas Beri Tawaran Berlakon Kepada Dharma, Nafi Sengaja Tunggang Isu Kepayahan Hidup
Artikel Berkaitan: A Aida Tak Galak Anak Jadi Pelakon Sepenuh Masa – ‘Saya Mahu Dia Uruskan Syarikat’
Ada yang mendekati
Bagaimanapun, A Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 55, berkata, mereka tidak ke fasa seterusnya kerana individu berkenaan tidak menepati kriteria lelaki idamannya.
Ada sahaja, golongan ustaz juga manusia biasa. Tapi rupa tidak menepati cita rasa saya.
Untuk saya, perkara yang paling utama adalah rupa, rupa nombor satu. Lepas itu badan kena sado.
A Aida berkata demikikan ketika ditemui pada sidang media telefilem Bos Nak Cuti yang disiarkan di Salam HD 113.
Dalam pada itu, A Aida turut memaklumkan hubungannya dengan seorang insan istimewa dalam kalangan kenamaan atau VIP sebelum ini sudah berakhir.
Dah beri peluang dua bulan, tiga bulan, lepas itu bye-bye (tinggal). Ramai yang cakap saya ini memilih, memang la kena memilih. Mahu yang terbaik untuk diri sendiri.
Pada 25 April 2019, A Aida bercerai talak satu selepas 10 bulan berkahwin kali keempat dengan pelakon, Ariff Aziz.
A Aida juga sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003. Mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 27, dan Wan Azevanatassha, 22.
A Aida seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis pada 2007 dan bercerai pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 15.