berita

Aaron Aziz Ada Sebab ‘Peram’ Sayu Yang Syukur 8 Tahun – ‘Ini Filem Cinta Pertama Arahan Saya’

December 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sayu Yang Syukur

Pengarah filem Sayu Yang Syukur, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa gembira apabila naskhah tersebut akhirnya dapat ditayangkan selepas 8 tahun ‘diperam’.

Artikel Berkaitan: Nora Danish Dedah Suami Pasangkan ‘Bodyguard’ Sebab Sering Cuai & Lupa – ‘Barang Selalu Tertinggal, Telefon Entah Ke Mana’

Artikel Berkaitan: Zara Zya Sedih & Menyesal Lakukan Adegan Dipeluk Aktor Lelaki – ‘Sedar Khilaf Saya, Terlepas Pandang’

Selepas 8 tahun

Sayu Yang Syukur

Ketika ditemui OhBulan! Aaron berkata filem yang menelan belanja RM1.2 juta terpaksa menunggu masa yang agak lama disebabkan beberapa faktor, antaranya
melibatkan proses penyuntingan.

Filem ini dibuat pada tahun 2016, banyak proses yang perlu dilakukan termasuk proses penyuntingan. Ia mengambil masa yang agak lama.

Durasi asalnya agak panjang jadi perlu sunting dan dapatkan ‘fast phase’ yang cantik dan sesuai.

Kemudian apabila sudah bersedia untuk ditayangkan, negara dilanda PKP dan ‘hold’ dulu seketika supaya tidak bertembung dengan filem lain yang bergenre sama.

Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Sayu Yang Syukur yang diadakan di GSC Starling Mall, baru-baru ini.

Sementara itu, disoal mengenai cabaran, Aaron menjawab dia menggalas tanggungjawab yang besar memandangkan filem ini merupakan naskhah keduanya selaku sutradara.

Selain itu, Aaron berkata pihaknya turut berdepan cabaran membabitkan lokasi penggambaran.

Cabarannya sebab saya masih baru dalam bidang pengarahan dan ini merupakan filem cinta pertama yang saya mengarah.

Tambahan lagi filem ini bukan diambil dari novel sebaliknya direka khas.

Cabaran lain juga untuk memilih lokasi penggambaran dan saya yang berlakon dan saya juga yang mengarah. Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

60 hari penggambaran sangat stress, nak jumpa anak pun tak sempat. Tetapi dengan amanah penerbit saya perlu buat yang terbaik. Apa pun tiada kesukaran yang besar kami hadapi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan pelakon, aktor berusia 45 itu berkata ia dilakukan atas perbincangan bersama penerbit dan penulis skrip.

Barisan pelakon dipilih atas perbincangan bersama penulis skrip, penerbit dan saya sendiri selaku pengarah.

Pelakon yang ada ini memang antara harapan untuk saya bekerjasama dengan mereka.

Malah filem ini turut menampilkan Sari Yanti dan Dira Abu Zahar meskipun babak mereka sangat sedikit, hanya satu atau dua babak sahaja. Tetapi saya mahukan impaknya.

Kalau nak bagi pelakon baru mungkin tidak akan sampai jika bukan Sari Yanti yang lakukan.

Sayu Yang Syukur diterajui oleh Aaron serta barisan pelakon lain seperti Nora Danish, Arja Lee, Kismah Johar, AR Badul, Fairie Khalil dan ramai lagi.

Sayu Yang Syukur bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 28 Disember 2023.

SKIP THIS AD ×