berita

Aaron Aziz ‘Berdegil’ Untuk Keluar Hospital

October 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon popular Aaron Aziz yang dimasukkan ke hospital semalam kerana demam teruk akibat Pneumonia telah disahkan keluar hospital malam tadi.

Aktor kacak ini dikatakan ‘berdegil’ untuk keluar hospital dan berita tersebut telah disahkan oleh isterinya sendiri, Diyana Halik melalui laman Twitter lewat malam tadi.

Aaron dikatakan telah dimasukkan ke hospital pagi semalam akibat Pneumonia iaitu sejenis jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam.

Menurut Diyana, sebelum ke CapeTown Aaron sememangnya sudah mengalami batuk dan sakit tekak.

SKIP THIS AD ×