Tidak mahu terlalu stereotaip dalam lakonan, aktor Datuk Aaron Aziz memberitahu dia sudah mula mengurangkan melakonkan watak lelaki Melayu kaya berkahwin dengan wanita kampung.
Artikel Berkaitan: ‘Bini Aku Percaya Kau, Tapi Kau Balas Dengan Mencuri Duit Sales Selama Ni’ – Aaron Aziz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kritik Gaya Tudung Anak Aaron Aziz, Ini Respon Tuan Badan – ‘Kalau Nak Tegur Boleh, Tapi Jangan Kasar Sangat’
Lakonan stereotaip
Aaron atau nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 48, berkata, dia ingin mencuba menjayakan watak berlainan dan sesuatu yang baharu seperti drama Suamiku Lelaki Pendosa.
Kongsi Aaron, dia kini lebih selektif memilih naskhah supaya selari dengan usianya.
Saya kurangkan ambil watak orang kaya moden berkahwin dengan perempuan kampung atau watak berkahwin dengan pembantu, jiran atau sebagainya.
Watak berkaitan keganasan rumah tangga pun saya akan lebih selektif. Sebab terlalu stereotaip. Termasuk watak ala-ala filem KL Gangster. Saya mahu cari sesuatu yang baru.
Ada satu watak saya diminta jadi lelaki gay, yang itu saya okay kerana berbeza dari kebiasaan watak saya bawakan. Itu adalah drama Suamiku Lelaki Pendosa.
Lagi pun saya makin lama bukan semakin muda, jadi perlu cari watak yang sesuai dengan umur.
Aaron berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media drama Din Tiger terbitan Unifi TV yang berlangsung di Grand Hyatt Palace, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Ekspetasi penonton
Menurut pelakon asal Singapura itu lagi, sekiranya masih ditawarkan watak lelaki kaya bercinta dengan wanita kampung, dia perlu berbincang dengan pengarah serta penerbit supaya mengubah beberapa bahagian.
Namun sehingga kini saya masih menerima tawaran watak yang saya kata mahu kurangkan itu. Saya tidak tolak terus, tetapi ada perbincangan lanjut dengan pengarah dan penerbit bagaimana hala tuju karakter itu. Mungkin boleh ubah sesetengah bahagian.
Drama yang ada di platform seperti Neflix sangat banyak dan penonton sudah jatuh cinta dengan jalan cerita drama luar negera seperti Korea. Ekspetasi penonton tinggi.