
Pelakon, Aaron Aziz mendedahkan pernah membantu beberapa mangsa buli yang menghadapi masalah emosi khusunya dalam kalangan pelajar sekolah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Dedah Pernah Terima ‘Payment’ Lambat Hampir Sebulan – ‘Saya Terus Buka Mikrofon, Kata Tak Nak Shooting’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad Sudah Berdamai
Tanggungjawab sosial

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata dia melakukan perkara itu kerana menganggap sebagai tanggungjawab sosial.
Sebenarnya saya dah banyak buat cuma tak uar-uarkan saja.
Saya pergi sekolah orang yang kena buli dan akan cakap mangsa itu ‘anak buah’ saya walaupun dia anak kawan.
Bila saya buat macam itu baru mereka nak ambil tindakan. Kalau tidak mereka tidak ambil kisah.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran kempen SocialCeleb di Petaling Jaya Performance Arts Centre, pada Selasa.
Bantu orang

Lebih mengejutkan, Aaron berkongsi sebelum ini dia pernah membantu seorang remaja yang mengalami tekanan emosi terlampau sehingga menimbulkan kerisauan ibu bapanya.
Ada juga satu kes anak muda ini dia sampai bawa pisau ke sekolah. Tidur dengan pisau sampai ibu bapa mereka telefon saya suruh saya bantu.
Jadi saya jumpa dia berborak dan suruh dia belajar Muay Thai. Sekarang dia dah yakin dan bila terserempak dengan saya, dia rasa berterima kasih.
Dalam perkembangan lain, Aaron juga merupakan star mentors (mentor selebriti) untuk platform pencarian bakat, SocialCeleb yang akan mula diakses bermula 9 September ini.
Platfrom tersebut menghubungkan bakat-bakat baharu dengan mencipta peluang sebenar orang ramai menyerlahkan bakat mereka.








