berita

Aaron Aziz Rampas Takhta Bintang Paling Popular 2013!

May 24th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Kusinero Cinta-57

Sebentar tadi telah berlangsungnya anugerah penuh berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Tampil dengan tema Magis Alam, ABPBH2013 menampilkan dua pengacara hebat iaitu Fara Fauzana dan Amy Mastura sebagai penyeri majlis. Nampaknya, lawak spontan mereka menjadi, apatahlagi apabila mereka berdua juga ditemani oleh kumpulan Shiro.

Namun, apa yang lebih menarik, kebanyakan keputusan yang diumumkan nyata memberi kejutan! Mana taknya, di samping memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, Aaron Aziz telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2013 dengan jumlah sebanyak 76,742 undian daripada para peminat.

Untuk makluman, ABPBH kali ini juga menampilkan tujuh kategori baru yang diundi menerusi ‘online’, di mana antara kategori yang dipertandingkan adalah Gandingan Serasi di Layar, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Artis Berpengaruh di Laman Sosial, Watak Jahat Dalam Filem atau Drama, Chef Selebriti Paling Popular dan Aksi Youtube Paling Popular.

Berikut kami lampirkan keputusan penuh pemenang-pemenang ABPBH 2013. Bagaimana dengan ramalan anda sebelum ini? Ada yang mengena atau tidak? Apapun, tahniah diucapkan buat semua pemenang!

Bintang Paling Popular 2013 – Aaron Aziz

Artis Baru Lelaki Popular – Achey

Artis Baru Wanita Popular –  Zara Zya

Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Jep

Artis Komedi Wanita Popular – Jihan Musa

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz Suip

Penyanyi Wanita Popular – Stacy

Artis Duo / Berkumpulan Popular – Stacy & Akim

Pengacara TV Lelaki Popular –  Dato’ Ac Mizal

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan

Penyampai Radio Wanita Popular –  Fara Fauzana

KATEGORI ONLINE

Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari

Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin

Gandingan Serasi Di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya

Watak Jahat Dalam Drama / Filem Popular – Sofi Jikan

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza

Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan

Aksi YouTube Paling Popular – Mat Luthfi

ANUGERAH KHAS

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Rahim Razali

SKIP THIS AD ×