berita

Aaron Aziz Tayang Seluar Dalam Di Instagram

August 27th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Aaron-Aziz

Ha.. Jangan pula terkejut (meskipun kami sendiri pun terkesima) apabila melihat foto yang dimuat naik oleh hero pujaan ramai, Aaron Aziz ni.

Mana taknya, foto yang dimuat naik oleh Aaron pada tengah malam tadi ini bukan lagi sekadar foto biasa-biasa, tetapi foto seluar dalam berwarna putih.

La.. tak percaya? Kebanyakan followers Instagram Aaron juga tertanya-tanya apakah punca pelakon itu upload foto seluar dalam dan ada juga yang nakal bila bertanyakan siapakah empunya bagi seluar dalam lelaki itu. Lols.

Screen Shot 2014-08-27 at 1.59.56 AM

Foto yang dimuat naik di laman Instagram Aaron Aziz

Rasanya macam ada maksud yang tersirat di sebalik foto seluar dalam dan captionnya tu kan? Seperti sudah mengagak bahawa foto ini bakal jadi kontroversi, ada juga peminat yang mempersoalkan tentang tindakan Aaron itu yang dilihat agak tidak sensitif.

Mungkin mereka memikirkan yang followers Aaron bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang dewasa, malah golongan kanak-kanak.

Apapun, mungkin pelakon itu mempunyai alasan yang tersendiri kan. Jadi, nak tak nak anda semua kena tunggu jelah artikel follow up nanti ya!

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×