berita

Aaron Aziz Terkejut Jumpa Tikus Besar, Pihak Hotel Cakap Datang Dari ‘Luggage’

July 22nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Datuk Aaron Aziz berkongsi detik cemas apabila bilik hotel yang didiami olehnya di Kemboja didatangi oleh seekor tikus. Macam mana boleh ada tikus?

Timbul keraguan tahap kebersihan hotel

Macam mana ni guys? Bilik bersih ke tak? Hotel boleh cakap datang dari luggage? Kita datang sini bawa baju dengan dana bukan bawa tikus! Dah cakap banyak kali tolong lepaskan. Hotel kata dah lepaskan. Harap-harap betul la tu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram milik Aaron, kelihatan seekor tikus terperangkap dalam satu jerat yang telah dipasang oleh pihak hotel. Menurut Aaron, kemunculan tikus tersebut telah menimbulkan keraguan terhadap dirinya sama ada hotel yang ditempah itu bersih ataupun tidak.

Paling kelakar, pihak hotel boleh mengatakan bahawa haiwan itu sebenarnya datang dari beg pakaian mereka. Susulan daripada itu, Aaron meminta pihak hotel untuk melepaskan tikus yang terperangkap di situ dan pihak hotel telahpun bertindak seperti yang diarahkan.

Macam mana ni?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Perkongsian pelakon ‘Ombak Rindu’ itu menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana rata-ratanya bersependapat bahawa hotel berkenaan adalah tidak bersih.

Sumber: Aaron Aziz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×