Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, iaitu Aazief Khalid menempelak segelintir netizen yang membuli selebriti secara dalam talian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aazief Khalid Selamat Bergelar Suami, Isteri Terima Satu Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin

Artikel Berkaitan:  Aazief Khalid Selamat Bertunang, Majlis Berlangsung Secara Tertutup

Buli siber

Menurut Aazief, perkara itu bukanlah satu yang mengejutkan baginya kerana sikap segelintir netizen yang gemar membuli dan menjatuhkan orang lain sudah menjadi kebiasaan.

Netizen membuli selebriti yang sedang melalui fasa sukar dalam hidupnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan langsung.

Acah anti-buli, tapi masing-masing kaki mengutuk, mencaci dan menidakkan kemanusiaan antara satu sama lain. Langsung tiada empati.

Kata Aazief, individu yang sedang melalui fasa kesukaran sepatutnya diberi ruang dan sokongan bukannya dihentam dengan komen-komen negatif.

Dia juga manusia dan layak diberi ruang serta belas kasihan.

Sebagai anak kepada ibu bapa yang bercerai, saya tahu betapa sukarnya proses itu untuk ibu dan ayah saya.

Walaupun ada hikmah, tapi susah untuk kita nampak kebaikan dalam keadaan tengah derita.

Sumber: Threads