berita

Abadikan Kisah Cinta Korang Di Bulan Romantis Ini Dengan Hadiah Sepanjang Zaman Dari Tissot!

February 14th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Bulan Februari cukup sinonim dengan bulan berkasih sayang ataupun Hari Kekasih. Tapi nak meraikan yang tersayang tak perlu tunggu sesebuah hari. Jadi, apa kata bulan ni korang abadikan kisah cinta korang dengan sesuatu yang lebih extra? Mesti pasangan korang rasa dihargai sehingga hati pun berbunga-bunga gitu!

Tissot, bukan lagi nama yang asing di dunia dan sememangnya terkenal dengan jam tangan bergaya, kembali dengan rekaan mempersona buat wanita dan si jejaka. Rekaannya yang masih mengekalkan citarasa klasik, tetapi lebih romantis dan unik, sangat ideal untuk dijadikan tanda cinta di Hari Kekasih!

Bellissima, cocok buat wanita pujaan hati!

Pertama kali lihat design Tissot Bellissima, hati admin dah terpaut! Alahai..bestnya kalau someone special hadiahkan dekat min!

Berbeza dari design kasual dan sporty, jam tangan wanita ini memiliki rekaan klasik dan minimalis dengan set crown cabochon seramik putih dan sapphire glass. Jalur-jalur emas dan silver di strap jam juga tak terlalu sarat dengan perincian, tetapi masih kelihatan feminin, bergaya dan mewah.

Tissot Bellissima terdiri dari dua jenis model strap iaitu rantai keluli lima pautan dan gelang bersalut PVD rose gold dengan pengancing rama-rama pada case yang berukuran 26mm. Selain itu, ia juga menggunakan pergerakan Swiss Made quartz dan mampu bertahan sehingga 50m di bawah air.

Tissot Carson Gent Premium Moonphase, hadiah tepat buat si jejaka!

Tidak hanya untuk wanita, Tissot juga kali ini tampil dengan jam tangan lelaki yang tak kurang hebatnya!

Berdiameter 40mm, Tissot Carson Gent Premium Moonphase direka dengan case keluli dan sapphire glass yang mempunyai ketahanan sehingga 50m di dalam air. Movement yang digunakan pula adalah Swiss Made quartz dan komplikasi Moonphase, dengan fungsi jam, minit, saat dan tarikh serta indikasi yang dilengkapi dengan dial silver berangka Roman.

Terdiri dari model strap rantai keluli lima pautan dengan pengancing rama-rama, jam tangan ini bukan saja merupakan hadiah paling tepat buat jejaka pujaan hati, malah dapat menyerlahkan lagi gaya si pemakai.

Hadiahkan yang tersayang jam tangan Tissot hari ini juga..

Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan Tissot Bellissima dan Tissot Carson Gent Premium Moonphase buat sang cinta hati sekarang. Confirm ia bakal menjadi hadiah yang diingati sepanjang zaman!

Untuk sebarang pembelian, korang boleh dapatkannya di kedai rasmi Tissot atau layari laman web Tissot untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×