berita

‘Abah Satu-Satunya Ayah..’ – Luahan Anak Mangsa Langgar Pemandu Mabuk Buat Ramai Netizen Sebak..

June 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pada Isnin lalu, rancangan dokumentari Majalah 3 memaparkan kisah sebuah keluarga diuji dengan ujian berat berjaya merutun hati penonton. Kisah perniaga kuih yang mesra dipanggil Kak Jah bersama keluarganya terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga apabila suaminya, Razali kini lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bertambah pilu apabila anak mereka yang masih kecil turut sama menggalas tanggungjawab bersama dalam menjaga ayahnya. Rata-rata sebak melihat keluarga ini begitu tabah menjalani kehidupan seharian.

Suami dilanggar pemandu mabuk

Difahamkan suami Kak Jah terlibat dalam kemalangan pada 19 Oktober 2019 dilanggar oleh seorang pemandu mabuk. Ketika kejadian Razali dalam perjalanan menuju ke gerai nasi lemaknya berhenti di kaki lima untuk memeriksa keadaan tayar kereta sebelum dilanggar oleh sebuah kereta. Kemalangan itu menyebabkan Razali hilang keupayaan badan dan menghalangnya untuk bergerak seperti sebelum ini.

Kemalangan itu menyebabkan Kak Jah dan keluarga seolah-olah kehilangan sebelah sayap apabila mereka sekeluarga terpaksa menerima ujian berat ini. Kak Jah kini berniaga kuih dan dibantu bersama dua orang anak lelaki. Meskipun keadaan sukar, Kak Jah turut memberikan bantuan kepada rumah anak yatim dan sesiapa yang memerlukan sahaja demi kesembuhan buat suaminya yang tercinta.

Nak ayah sembuh

Walaupun ujian ini berat, Kak Jah bersyukur mempunyai anak yang menguruskan perihal hal suami saat dia sedang mencari rezeki. Musibah menimpa Razali menyebabkan pendapatan keluarga mereka terjejas. Apa yang memilukan kami apabila anak sulungnya tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan mengenai ayah mereka.

Nak minta ayah sembuh. Abah satu-satunya ayah..Sedihlah bila ayah accident. Kalau solat tu minta doa ngan tuhan, supaya sembuh. Nak tengok ayah sembuh..Nak makan dengan dia, nak keluar dengan dia..

Malah, rintihan itu turut diperhatikan olehsi ayah juga turut tidak dapat menahan sebak apabila dilihat turut menangis mendengar luahan hati anaknya.

Ramai sebak

Sumber : Twitter, TV3

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×