berita

‘Abam Bangun, Angah Datang Dengan Mak Ni, Bangun! Boleh Bangun Ni’ – Ali Puteh

February 11th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Selepas kehilangan seorang anak pada tiga bulan lalu, Ali Puteh diuji pula dengan pemergian seorang abang tersayang. Walaupun perit melalui dugaan ini, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan nekad untuk meneruskan perjuangan abang dalam bidang seni dan mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga.

‘Dia dah terkaku baring atas katil’

Ali Puteh sempat menceritakan saat ke rumah Abam setelah dimaklumkan pelawak itu pengsan di dalam bilik.

Apabila saya pegang kaki dia, sejuk… saya tengok kuku dia pun macam lebam-lebam. Saya goyang perut dia, dia macam tak menyahut. Saya pegang kepala dia, saya goncang-goncang kepala dia. Saya cakap, “Abam bangun, angah datang dengan mak ni. Kau kenapa macam ni?”

Dalam hati saya cakap, Abam dah tak ada. Tapi saya kuatkan juga, saya cakap “Bangun, boleh bangun ni”.

‘Kau adik aku yang hebat’

Sebuah hakikat yang sukar untuk dipercayai, Ali Puteh bagaimanapun tabah menghadapi ujian Allah ini. Ali Puteh berasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk berborak dan meluangkan masa bersama Allahyarham Abam Bocey.

Dia tak ada sakit apa-apa. Cuma dia kata dalam dua hari ini dia macam deman sikit. Tapi malam tadi pun dia masih telefon mak saya.

Last kita orang bercakap masa malam Maharaja Lawak Mega. Dia orang pertama yang peluk saya lama-lama. Dia cakap, “Kau hebat, kau adik aku yang hebat. Kau paling handal. Kau boleh kalahkan abang kau”.

Kami adik-beradik kandung, bukan orang lain

Ali Puteh juga berkongsi perjalanan hidup mereka bersama keluarga sejak arwah ayah meninggal dunia pada tahun 2009.

Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam, daripada kita tiada apa-apa. Sehingga Abam berjaya mencari rezeki untuk keluarga dan namanya popular, dia cakap saya akan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.

Terlalu banyak pengalaman saya dengan dia. Kami adik-beradik kandung, bukan orang lain. Dia sorang saja abang yang saya ada. Dia segala-galanya bagi saya.

Sumber: Astro

SKIP THIS AD ×