berita

Abang Botak Dibebaskan Dari Penjara Selepas Bermalam Selama 6 Hari

June 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini viral di media sosial satu video menunjukkan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dengan menggunakan topi keledar. Suspek yang dikenali sebagai Abang Botak tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan.

Terbaru menerusi Sinar Harian, suspek telah dibebaskan sementara selepas 6 hari di penjarakan berikutan Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman itu.

Penangguhan perlaksanaan hukuman

Menurut Sinar Harian, permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman berlangsung di hadapan Majistret Nur Shahira Abdul Salim. Mahkamah turut menetapkan RM6000 sebagai jaminan dan memerintah suspek Danial Tan Abdullah untuk melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan.

Failkan semakan terhadap hukuman

Selain itu, suspek turut memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu yang diwakili peguam Nur Rafiuddin Maswari.

Pada 31 Mei lalu, mahkamah menjatuhi hukuman itu selepas Danial yang bekerja sebagai pembantu stor kilang mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan kereta Produa Axia milik Siew Chean Voon, 58.

Keputusan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke penjara kerana tidak membuat permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×