Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim telah disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober 2020 lalu. Putera yang berusia 34 tahun itu telah disemadikan di Kubah Makam Diraja, Brunei dan dihadiri kerabat keluarga tercinta.
Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram Pengiran Muda Abdul Mateen meluahkan kerinduan terhadap Allahyarham abangnya itu. Malah, dia seolah tidak percaya akan pemergiaan insan yang disayanginya buat selama-lamanya.
Radang pada saluran darah
Awal tahun ini, abang saya telah disahkan mengidap vaskulitis sistemik (radang pada saluran darah) yang teruk iaitu sejenis penyakit autoimun. Penyakit autoimun merupakan keadaan sistem imunisasi badan yang tidak normal di mana antobodi menyerang tisu-tisu badan. Dalam masa yang sama, abang juga mempunyai ‘bipolar disorder’ yang menyebabkan dirinya lebih sukar untuk melawan penyakit ini. Akhirnya, abang saya tewas akibat kegagalan beberapa organ badan yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang beterusan, kesan daripada penyakit tersebut dan menjadi punca kemangkatannya pada 24 Oktober 2020. Kami mahu berkongsi mengenai penyakit ini sepertimana yang diingini oleh abang saya. Abang merupakan seorang penyokong besar dalam memberi kesedaran dalam banyak perkara.
Tidak dinafikan seluruh keluarga kerabat Sultan Brunei berdukacita atas pemergiaan salah seorang ahli keluarga yang disayangi mereka. Putera Mateen turut merindui abangnya itu dan berterima kasih kepada semua rakyat Brunei yang sentiasa mendoakan buat Allahyarham Putera Azim.
Tidak percaya kehilangan Abang Azim
Mengimbau kembali kenangan ketika zaman kanak-kanak mereka bersama, Putera Mateen seolah tidak mempercayai kehilangan abangnya itu. Allahyarham Pengiran Muda Haji Abdul Azim disifatkan sebagai seorang yang suka bergurau dan berjenaka dalam kalangan keluarga. Malah, Allahyarham juga dianggap sebagai orang terpenting dalam memberi didikan agar Putera Mateen mensyukuri setiap nikmat yang dikecapi sehingga ke hari ini.
Sumber: Tmski