Sekadar gambar hiasan
Rezeki, jodoh ajal dan maut semuanya ketentuan Allah SWT, kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Tak dapat dibayangkan betapa luluhnya hati keluarga ini apabila salah seorang ahli keluarga mereka disahkan meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinan adik kandung arwah berlangsung.
Majlis kahwin jadi majlis tahlil
Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Mama Sempoi. Menurut wanita ini, adik iparnya sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan pada 18 Disember 2021 (esok) namun siapa sangka, majlis tersebut bertukar menjadi majlis tahlil.
Menurut sumber, arwah yang merupakan abang kandung bakal pengantin disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik bongsunya itu.
Esok 18/12/21 adik ipar yang bongsu nak nikah. Semua dah balik berkumpul. Tinggal tunggu seorang abang je lagi dalam perjalanan balik dari Johor tapi sampai tengah malam tak sampai-sampai lagi. Tapi majlis perkahwinan adik yang bongsu sepatutnya jadi majlis yang bahagia bertukar menjadi majlis arwah.
Ya Allah kau kuatkan lah hati ayah mentuaku, kuatkan lah hati keluarga kami untuk menerima segala ujian yang kau bari kepada kami.
Kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan kereta itu dipercayai berlaku di Taman Suria Labis, Johor. Difahamkan, dua orang mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lain mengalami kecederaan.
Video
Salam takziah
Sumber: Mama Sempoi