berita

Abang Polis Merdeka Viral, Netizen Tak Keruan Lihat Wajah Persis Oppa! Kawan Dedah Masih ‘Single’

September 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Abang Polis Merdeka

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di dataran Putrajaya, semalam.

Artikel Berkaitan: Sekitar Gambar Suasana Sewaktu Perarakan Hari Merdeka 2023, Sambutan Meriah!

Artikel Berkaitan: Kontijen Paling Comel Akan Sertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Di Dataran Putrajaya Esok!

Seperti tahun-tahun sebelum ini, segmen perarakan adalah antara yang paling dinantikan oleh orang ramai.

Jika tahun lalu, kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapat perhatian sehingga tular di media sosial, tahun ini nampaknya ‘abang bomba’ bertubuh sasa masih mendapat soroton.

Abang polis

Abang Polis Merdeka

Selain ‘abang bomba’, tular juga seorang anggota dari kontijen Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai Calvin Lee.

Anggota tersebut dipercayai bertugas di jabatan Unit Tindakan Khas (UTK).

Calvin tular di TikTok disebabkan ketampanan yang dimilikinya sehingga wargamaya menyamakan wajahnya dengan selebriti korea dan menggelarnya ‘oppa’.

Sementara itu, seorang individu yang dipercayai rakan kepada Calvin mendedahkan anggota tersebut masih berstatus solo, sekali gus membuat golongan wanita tidak keruan.

Malah, individu tersebut turut berkongsi akuan TikTok dan Instagram milik anggota berkenaan.

Menerusi tinjaun OhBulan!, pengikut ‘oppa’ Calvin sudah bertambah berbanding sebelum dirinya tular.

Video

@mimimimiraih Oppa saranghaeyo #DOTS #Merdeka66 #Polis ? original sound – Mimimimir

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×