berita

Abang Pukul Adik Sampai Mati Sebab Berang Bercakap Kasar Dengan Ibu

July 29th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang abang sanggup memukul adik kandungnya sehingga mati dalam satu pergelutan di hadapan kedai makan mereka. Menerusi Harian Metro, mangsa Hussain Mai Din di dapati menyerang suspek terlebih dahulu kerana suspek bercakap kasar dengan ibu mereka.

Pergelutan yang berlaku kira-kira jam 11.40 malam menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir selepas menerima laporan.

Bertengkar gara-gara bil tertunggak

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Assisten Komisioner Muhammad Hanif Othman memberitahu bahawa pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian sebelum bergegas ke lokasi. Mangsa didapati meninggal dunia kerana hentakan objek tajam di bahagian kepala.

Ibu mangsa yang juga saksi kejadian mendakwa kejadian itu berpunca apabila suspek bertengkar dengannya mengenai bil elektrik kedai makan yang tertunggak.

Mangsa yang terdengar percakapan kasar si abang terhadap ibu terus datang dan memukul lelaki berkenaan yang ketika itu sedang mengemas dapur kedai makan.

Terdapat kesan tetakan di kepala

Tambahnya lagi, ibu mangsa yang cuba  meleraikan pergaduhan itu turut menerima kecederaan dan telah menerima rawatan di klinik kesihatan.

Ketika anggota tiba, mangsa masih berada dalam keadaan separuh sedar dan terbaring di lantai kaki lima kedai. Namun tidak lama selepas itu pemeriksaan yang dijalankan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Polis menemui kesan kecederaan di kepala mangsa dipercayai kesan tetakan atau tikaman senjata tajam dan abang mangsa juga sudah ditahan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk dibedah siasat. Selain itu, suspek yang turut cedera disebabkan pergelutan itu turut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×