Abang kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 51 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), awal pagi tadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Rudaini Berhabis Duit Demi Anak, Urus Persiapan SPM – ‘Asalkan Memberi Manfaat’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Kira Apa Keputusan Ryan, Mommy Tetap Ada Di Sini’ – Rita Rudaini Titip Pesanan Buat Anak Sulung Bakal Duduki SPM

Meninggal dunia

Menerusi perkongsian Melodi, sebelum disahkan meninggal dunia, Allahyarham mengalami kejadian rebah ketika menjayakan satu program membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya.

Dalam perkongsian di Instagram, Rita yang berada dalam keadaan sebak dilihat berada di hospital sambil memeluk erat jenazah abangnya.

Pun begitu, tiada maklumat lanjut berkenaan dengan punca kematian Allahyarham.

Sumber: Melodi