
Seorang pengguna media sosial meragui keserasian antara pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Teman Sekerja, Syed Saddiq Kini Sah Tunangan Bella Astillah
Komunikasi & hormat
Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan berpendapat hubungan mereka dilihat tidak sepadan, malah mendakwa seolah-olah dirancang bagi tujuan publisiti semata-mata.
Tak percaya Bella Astillah betul couple dengan Syed Saddiq, macam tak sekufu. Macam tak relevant satu sama lain. Bella sesuai couple dengan IQ artis saja. Ini macam staged couple dari PR.
Kenyataan tersebut kemudian mendapat respons daripada abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Salleh Syed Abdul Rahman yang tampil memberikan pandangan balas.
Menurut Syed Salleh, keserasian dalam sebuah hubungan tidak seharusnya diukur berdasarkan tahap kecerdasan semata-mata, sebaliknya komunikasi dan rasa hormat antara pasangan adalah aspek yang lebih penting.
Pendapat saya tentang perkara ini: Perbezaan IQ tidak menentukan keserasian, manakala komunikasi dan saling menghormati adalah peramal yang jauh lebih kuat. Sekadar pandangan saya.
Saya mengenali mereka berdua dengan rapat, dan komunikasi mereka selaras. Kenyataan anda bercanggah dengan hujah anda sebelum ini bahawa IQ mentakrifkan keserasian.
Dakwaan seperti itu tidak relevan tanpa bukti. Komunikasi dan saling menghormati lebih penting. Sekadar pandangan saya. Kesimpulannya, komunikasi tidak perlu rumit atau terikat dengan IQ yang tinggi.
Ia boleh semudah membincangkan isu dan mencari penyelesaian bersama. Itu mencerminkan kematangan.
Sumber: Threads