berita

Abang Tikam Adik Usia 9 Tahun Di Perut Hingga Maut

August 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Ranau, Sabah, seorang remaja lelaki ditahan reman selepas disyaki menikam hingga mati adik lelakinya yang berusia sembilan tahun menggunakan pisau di Kampung Kinapulidan.

Tikam adik

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Ranau. Tambah Simiun, pihaknya menerima laporan pada jam 11.27 pagi Khamis lalu daripada seorang lelaki mengatakan adiknya ditikam oleh abang di rumah mereka.

Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di bahagian perut oleh suspek yang berusia 19 tahun ketika kedua-duanya berada di ruang tamu pada jam 5.40 pagi.

Mangsa dikejarkan ke hospital oleh jiran namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau.

Berikutan daripada itu, pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.

Kes diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di samping itu, Simiun menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian segera menghubungi polis atau tampil ke IPD Ranau bagi membantu siasatan

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×