
Pelakon Abby Abadi, mengakui bahawa luahannya di media sosial sedikit sebanyak telah membantu menyelesaikan masalah berkaitan anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Jawab Konflik Bersama Anak – ‘Sudah Habis Kata-Kata..Saya Tak Berharap Mereka Datang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan & Luahan Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Undang Perhatian – ‘Kalau Mama, Abah Sakit Atau Meninggal Jangan Datang Tau’
Demi anak-anak

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 49, itu menyifatkan tindakan tersebut adalah sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan semula hak yang sepatutnya diterima oleh cahaya matanya bersama bekas suami, Norman Hakim.
Sebenarnya adalah beberapa point yang saya rasa kalau tak viral, dia tak berfungsi dan tak bergerak pun.
Saya rasa apa yang saya buat ini memberi impak juga walaupun dia macam buat tak tahu, dia macam tuli, tak ada empati.
Tak apalah. Awal-awal itu memang saya buat, saya usahakan supaya anak-anak saya diberikan layan sama adil. Itu je permulaannya dan saya nampak hasilnya.
Menurut Abby, medium media sosial yang digunakan juga telah membantu menyelesaikan konflik rumah tangga anak keduanya, Marissa Dania Hakim.
Contoh kes Marissa, saya tak rasa pun saya burukkan dia. Keadaan itu memang sudah sedia buruk sebab apa yang berlaku.
Tapi saya dalam usaha nak menyelamatkan dia dan Alhamdulillah selesai.
Walaupun mungkin nampak macam saya yang teruk tapi saya rasa saya dah menjalankan tanggungjawab sebaiknya.
Abby berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Elegant Selamanya yang berlangsung di Ampang Coffee Club, baru-baru ini.
Tambah anggota kumpulan Elite itu, dia tidak terlalu mengambil pusing mengenai kritikan negatif kerana terdapat segelintir golongan ibu yang turut berdepan masalah sama.
Selain itu, Abby berkata, apa yang dipaparkan di media sosial hanyalah sebahagian daripada realiti sebenar yang dihadapinya.
Tak apa, dalam pada ramai orang berkata yang tak baik, ada juga orang yang kata baik.
Masalah saya ini masalah global. Ibu-ibu lain pun lagi teruk daripada saya. Banyak yang mesej saya, “Saya lagi teruk, anak begitu, anak begini, anak lepas kahwin sisihkan saya, anak lepas kahwin buang saya terus.”
Macam-macam! Saya rasa daripada 100%, 5% sahaja yang orang tahu. Tapi ada yang bercerita lebih dan kata saya dengki.
Kemelut keluarga Abby dan Norman kembali menjadi bualan warganet apabila baru-baru ini aktres itu menitip ucapan ulang tahun yang didakwa ‘menghiris hati’ anaknya, Maria Danisha Hakim.
Menerusi perkongsian sama, Abby berkongsi perasaan mengenai pengorbanan dilakukannya dalam membesarkan anak-anak yang seakan-akan dilupakan.






![[VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2186.jpg)

