

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mencuri perhatian apabila membidas netizen yang didakwa memintanya untuk membuat permohonan maaf kepada Umisya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aslam Tak Ikut Pun.. Datang Hantar Marissa’ – Abby Abadi
Diminta minta maaf pasa Umisya

Menerusi aplikasi Threads, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa pelik apabila ada pihak yang cuba menyalahkan dirinya.
Persoal pelakon drama ‘Gerak Khas’ itu, kenapa hanya dirinya yang diminta untuk melakukan sedangkan Aslam yang bertindak kahwin dua tidak membuat permohonan maaf.
Orang sebut-sebut nama saya di sini (Threads) kemudian ada satu komen suruh saya minta maaf dengan Umisya?
Kenapa awak tak suruh Aslam minta maaf pada saya atas apa yang berlaku?
Aslam itu apa? Kayu ke?
Perkongsian Abby itu kemudiannya menimbulkan reaksi pelbagai daripada netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Abby untuk tidak terlalu emosi dan melayan komen yang dilemparkan terhadapnya.
Komen netizen




Sumber: Threads Abby Abadi








