Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi dikejarkan ke hospital selepas usai menjayakan konsert Elite Live in Kuala Lumpur pada malam Sabtu di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: ‘Dua Tahun Saya Biarkan Marissa Dania Berada Dalam Hubungan Yang Menyusahkan’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

Badan tidak sihat sebelum konsert

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 48, memaklumkan kesihatannya mula terganggu sehari sebelum konsert dan disahkan menghidap virus influenza.

Kata Abby, meskipun dia berada dalam keadaan tidak sihat namun dia tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Selepas balik daripada sesi latihan, terus rasa tidak sedap badan tapi belum teruk lagi.

Esoknya, pagi sebelum konsert, ada latihan lagi masa itu dah rasa lain dah badan ni. Saya tetap kuatkan semangat.

Saya tetap menjayakan konsert ni walaupun ketika itu saya sudah dah sakit tekak dan selesema.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu berkata ketika kejadian suhu badannya juga mencecah 40 darjah celsius.

Lemah rasa badan, itu yang hilang fokus.

Saya minta maaf kepada semua yang terlibat terutamanya anggota Elite, X Factor dan yang datang menyaksikan konsert Elite.

Berehatlah sekejap Abby Abadi. Konsert pun dah selesai.

Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai dan rata-rata mendoakan agar Abby segera diberikan kesembuhan.

Sumber: Instagram