Tidak lagi berselindung, pelakon Abby Abadi meminta orang ramai agar memberi ruang kepada lelaki yang kini sedang mengenali anaknya, Marissa Dania untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Sudah Temui Pengganti?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Saya Hantar Ke Tahfiz, Saya Kagum Marissa Boleh Tulis Semula Ayat Al-Quran’ – Abby Abadi

Beri ruang

@abbyabadi.exclusive

Berulang kali dah Mama jumpa berdepan macam ni & mcm2 topik dah sembang. Alhamdullillah. Anak yg baik. Sangat menghormati org lain & penuh adab @Munir @Marissa Dania Bagilah ruang… ❤️ Tiada manusia yg sempurna.. Munir ni merantau ke Malaysia ikut agent. Sambung belajar + sekali bekerja. Skrg sambung degree.. Baru sangat dia berkawan dgn anak Sy, dah keluar cerita mcm2.. Cerita 2019 pun keluar semula…… 🤕 Biasa lah budak muda, berkawan, bercinta tapi tak jadi.. biasa tu sbb kitapun pernah muda. Tapi bab2 yg tak sepatutnya jadi ungkitan tu, pinjam meminjam tu dah dibayar balik pun, kan.. Munir kata dia masuk sini umur 18/19 cmtu. Logiklah dia takde apa2 masa tu… Dah kasi pinjam utk tlg dia, dah pun dibayar balikkan?? So nk mcmana lagi?? Kita semua manusia. Serba kekurangan. Takde yg tak pernah buat silap.. Jadi doakan yg baik2 utk kita semua ok. Utk Munir mcm Mama cakap dekat U, Prove that youre not like that ok 🥰 Utk Adik.. Jaga diri.. jangan gaduh2. Jaga diri.. 🫢😘

♬ suara asli – MUSIC YOU CAN FEEL – 🅼🆈🅲🅵

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby menyifatkan Munir Akhunov sebagai seorang lelaki yang sangat menghormati orang lain serta memiliki adab yang tinggi selepas bertemu dengannya beberapa kali.

Kata Abby, hubungan antara Marissa dan Munir masih di peringkat awal. 

Jelasnya, jika hubungan itu membawa kepada jodoh dia akan berkongsi lebih lanjut apabila tiba masanya.

Tiada manusia yang sempurna.

Munir ni merantau ke Malaysia ikut agen. Dia sambung belajar dan bekerja di sini.

Sekarang sambung degree. Baru sangat dia berkawan dengan anak saya tapi dah keluar cerita macam-macam.

Cerita 2019 pun keluar semula.

Mengulas dakwaan bahawa Munir mempunyai kisah silam yang kurang baik termasuk didakwa pernah meminjam wang daripada seorang wanita, Abby berkata perkara tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan semula.

Abby turut mendakwa bahawa Munir telah melunaskan semula hutang yang pernah dipinjam.

Biasa lah budak muda, berkawan, bercinta tapi tak jadi.

Perkara itu biasa itu biasa sebab kita pun pernah muda. Tapi perkara itu tidak sepatutnya jadi ungkitan.

Pinjam meminjam itu dah dibayar semula.

Munir kata dia datang ke Malaysia semasa antara umurnya 18 hingga ke 19 tahun. Logiklah dia tidak apa-apa pada ketika itu.

Dia pun dah bayar semula, nak macam mana lagi?

Menurut Abby, sebagai seorang manusia kita tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Doakan yang baik-baik untuk kita semua.

Untuk Munir, macam saya cakap dekat awak, buktikan yang awak tidak seperti yang mereka katakan dan untuk Marissa jaga diri.

Sumber: TikTok