
Pengakuan seorang pengguna media sosial yang mendedahkan dirinya sudah tidak lagi mencintai isterinya mengundang perhatian ramai di media sosial.
Artikel Berkaitan: Isteri Dedah Suami Suka Tengok Video Lucah, Baru Kahwin Tak Sampai Setahun – ‘Setiap Kali Dia Nak, Saya Layan’
Rasa sayang pudar

Menerusi hantaran di Threads, individu terbabit mengakui perasaan sayang terhadap isterinya semakin pudar, namun berasa serba salah untuk berpisah kerana wanita itu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.
Lebih menyedihkan apabila individu berkenaan memaklumkan dirinya kini sudah jatuh cinta dengan wanita lain yang membuatkannya berasa lebih bahagia.
Macam mana nak bagitahu bini aku yang aku dah tak cintakan dia. Jujurnya, aku dah tak bahagia dengan perkahwinan kami. Tapi dalam masa sama aku kasihan dengan bini aku.
Dia selalu jaga makan minum aku. Anak kami pun masih umur setahun. Perkahwinan ini tak guna kalau dah tak bahagia.
AAku dah jatuh cinta dengan perempuan lain dan aku nak sangat perempuan itu jadi isteri aku.. Tapi mesti bini aku sedih kalau aku kahwin lagi. Aku betul-betul buntu.
Aku tak boleh lepaskan perempuan itu sebab aku betul-betul cintakan dia. Aku terfikir nak kahwin senyap-senyap tapi takut.
Dalam satu lagi hantaran berasingan, individu tersebut berkata dia sendiri tidak mengetahui punca perasaannya terhadap isteri berubah selepas kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Tak tahu kenapa aku tiba-tiba rasa hilang perasaan sayang dengan bini aku. Aku dah tak bahagia macam dulu. Perasaan ini makin lama makin berkurang.
Sebelum ada anak okay tapi selepas lahir anak pertama semuanya berubah. Mungkin orang ramai pernah lalui.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pelakon Abby Abadi yang menitipkan nasihat kepada individu berkenaan supaya lebih menghargai pengorbanan isterinya.
Anak baru setahun, isteri jaga makan minum pun tak tahu bersyukur. Baru je kot kawin, dah tak cinta? Selepas itu niat nak kahwin dua itu dah jadi lain cerita pulak, zaman sekarang ini, semudah itu.
Sumber: Threads








