Penyanyi Aina Abdul tampil menjelaskan sebab dia memilih untuk datang menaiki lori pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Usaha 37 Tahun Bell Ngasri Jadi Pelakon Berbaloi- ‘Saya Tiada Kelab Peminat, Allah Izinkan Menang’
Artikel Berkaitan: #ABPBH35 Aina Abdul Datang Naik Lori, 10 Orang Terpaksa Tolong Angkat Baju
Kereta tak muat
Menurut Aina, tindakannya berbuat demikian disebabkan busana yang digayakan pada malam tersebut bersaiz yang sangat besar sehingga tidak dapat dimuatkan di dalam kereta.
Saya datang dengan lori bukan saja-saja, saya buat begitu kerana baju saya terlalu besar dan tak muat untuk masuk kereta. Jadi pilihan terbaik adalah menaiki lori, tambah lagi saya pula jenis yang suka bergerak sekampung, datang dengan team saya.
Walaupun pilih lori, tapi elemen ‘vas’ itu kena la juga kan, jadi lori transparent yang dipilih.
Aina berkata demikian ketika ditemui di sidang media ABPBH 35 yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat.
Pada malam kemuncak ABPBH 35, Aina berjaya merangkul dua trofi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Popular (Terus Hidup).
Baju 20kg
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata berat busana berkonsep oversize blazer berwarna merah rekaan pereka terkenal Kel Wen yang digayakan ketika berjalan di karpet merah mencecah 20 kilogram.
Malah, Aina turut mendedahkan kos yang dihabiskan untuk ABPBH kali ini mencecah puluhan ribu ringgit termasuk sewaan lori.
Baju saya yang pertama masa sampai tu memang berat, saya pergi gym angkat berat semua tu sangat berbaloi. Tapi sekejap je saya bertahan, baju itu saya beratnya 20kg.
Keseluruhan kos untuk tiga busana saya pada malam ABP termasuk sewa lori saya anggarkan puluhan ribu.
Harga sebenar saya tak dapat nak beritahu sebab tak dapat invois lagi. Apa pun tidak mencecah ratusan ribu.
Rezeki peminat
Berkongsi mengenai perasaan memenangi dua kategori, Aina meluahkan rasa beryukur serta menyifatkan kemenangan tersebut sebagai rezeki kepada peminatnya.
Alhamdulillah ini rezeki Ainations (kelab peminat), rezeki ibu saya, rezeki untuk diri sendiri juga dan semua yang menyokong saya.
Sebagai seorang penyanyi, sudah pasti saya inginkan penghargaan seperti ini, malah saya sendiri membesar dengan menonton ABP.
Dengan kemenangan ini juga menandakan saya harus bekerja keras lagi untuk menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti, terutama peminat saya yang sentiasa menantikan lagu-lagu galau dari saya.