berita

#ABPBH35 Aina Abdul Datang Naik Lori, 10 Orang Terpaksa Tolong Angkat Baju

July 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Aina Abdul sememangnya terkenal dengan gelaran “Ratu Fesyen Pelik”. Mana taknya, semua pakaian yang digayakannya memang sangat pelik, unik dan lain daripada yang lain. Bukan semua orang berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menggayakan apa yang dipakai oleh Aina. Betul tak?

Wow baju Aina!

Sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35, pelantun suara ‘Terus Hidup’ ini tiba di Istana Budaya menaiki lori pada pukul 8.40 malam. Ini kerana, busana yang digayakan olehnya sangatlah besar dan dipercayai berat. Lebih mencuri perhatian, sepuluh orang individu terpaksa menolong Aina untuk mengangkat baju tersebut ketika berjalan di karpet merah.

Menerusi temubual bersama pihak OhBulan!, Aina berkata busana yang dipakai hari ini berkonsepkan ‘Oversize Blazer’.

Bagi saya, lebih baik ‘Go Big or Go Home. Saya hari ini hanya mahu suka-suka dan mengharapkan yang terbaik untuk semua yang bertanding.

Video

@ohbulanofficial

Datang naik kereta ? Datang naik lori ? Jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian #ABPBH35 di TV3 dan di aplikasi Tonton jam 9 malam ini! #ohbulan #ABPBH35 #anugerah #bintang #popular #artismalaysia #fyp #trending #tonton #ekspesilegasiseni

? MC Ratão. O Segredo Dos Animais – Netflix Brasil

Sekadar info, Aina membolosi dua pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) tahun ini bagi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Boom Popular.

Terdahulu, pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35, selain Aina Abdul, sembilan artis lain diumum mendahului undian ketika itu, iaitu Siti Nordiana, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Anna Jobling.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×