berita

#ABPBH35: Kak Lina Pom Pom Idam Trofi Kemenangan -‘Yang Penting Peminat Nombor Satu’

July 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pengacara terkenal Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila berjaya bolos Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) menerusi kategori Pengacara TV Popular.

Artikel Berkaitan: ABPBH35 Kini Kembali Dengan Tema ‘Ekspresi Legasi Seni’

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Ungguli Percalonan Top 5 ABPBH35! Meerqeen, Amir Ahnaf & Mierul Aiman ‘Follow’ Rapat

Idam kemenangan

Ketika ditemui OhBulan!, Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom berkata dia tidak menafikan wujud keinginan untuk menang, namun percaya kepada rezeki yang sudah diaturkan Allah SWT.

Pertama sekali terima kasih kepada semua peminat yang tidak henti mengundi saya. Top 5 itu pun dah buat saya rasa menang.

Sudah pasti saya mahu kemenangan itu. Sebab trofi kemenangan itu tanda berada dalam industri, tapi pada saya terserah kepada rezeki.

Yang penting peminat nombor satu saya sentiasa ada dan beri sokongan padu untuk saya.

Ditanya mengenai strategi yang digunakan untuk menyeru peminat mengundi, Elly menjelaskan dia lebih santai dan tidak terlalu berkempen.

Saya tahu, masing-masing artis ada cara tersendiri untuk berkempen panggil peminat mereka untuk mengundi. Untuk saya lebih suka santai-santai.

Dalam masa sama, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu berkata dia tidak akan kecewa sekiranya trofi kemenangan bukan menjadi miliknya.

Hidup ini jangan cepat sangat kecewa, sebab perlu sentiasa ingat banyak dah Allah beri rezeki. Tak semua benda yang saya mahu akan dapat.

Sekarang ini saya bersyukur sangat apabila diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab mengemudi banyak acara.

Penghargaan cukup besar bila saya sentiasa diingati dan berada dalam ingatan peminat. Begitu juga dengan saya, peminat ada dalam ingatan saya.

Kalau ada satu dua yang saya tidak dapat (kemenangan) saya anggap itu bukan rezeki saya kali ini.

SKIP THIS AD ×