berita

#ABPBH35: Secara Eksklusif Siti Nurhaliza Pertama Kali Persembahkan ‘Romansa Kita’

July 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza kembali membuat persembahan di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Masih Dalam Tempoh Berpantang, Neelofa Sempat Ramal 3 Nama Selebriti Ini Sebagai Pemenang

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 Yusof Haslam & Patimah Teman Puteri Sarah

Kali pertama dipersembahkan secara langsung

Peminat dan penyokong Siti Nurhaliza dilihat bersorak dalam keterujaan apabila melihat persembahannya pada malam kemuncak ABPBH35 sekali gus mengubat kerinduan mereka.

Penyanyi berusia 42 tahun itu menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Romansa Kita dari album terbaharunya iaitu Sitism. Dia juga kelihatan anggun dengan mengenakan busana berona hijau.

Lebih menarik, Siti Nurhaliza memilih pentas ABPBH35 ini sebagai platform eksklusif untuk  menyanyikan lagu tersebut secara langsung dihadapan selebriti dan penyokong yang berada di Istana Budaya.

Pujian peminat

Di laman Twitter, kelab peminatnya yang dikenali sebagai Sitizoners menghujani ciapan mereka dengan pujian dan meluahkan rasa teruja apabila melihat penyanyi kesayangan mereka itu kembali ke pentas berprestij tersebut.

Dalam pada itu, mereka juga memuji vokal penyanyi dan usahawan ini yang dikatakan tidak pernah mengecewakan.

SKIP THIS AD ×