berita

Absolutely Correction! Kampung People 2 Temui Penonton 17 September Ini

September 15th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sebut sahaja Kampung People, pasti ramai teringat akan telatah pelakon drama tersebut yang dibarisi Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana DFKL, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi. Menerusi musim yang pertama, drama arahan Wan Hasliza ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada penonton.

Artikel Berkaitan: Sarat Unsur Kekeluargaan & Jenaka, Ini 5 Sebab Kampung People Trending Setiap Episod!

Drama ini mengisahkan Razif dan keluarganya yang terpaksa menukar identiti dan berpindah ke kampung bagi mengelak daripada diburu sekumpulan penjenayah dan terpaksa memulakan kehidupan terbaru. Terkini, Kampung People musim 2 kembali dan bakal ditayangkan bermula 17 September ini menerusi  saluran TV3.

Musim kedua bakal ditayangkan

Video yang dikongsi oleh pengarahnya Wan Hasliza  yang berdurasi selama seminit menerusi akaun Twitter peribadinya menunjukkan teaser drama Kampung People yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menerusi teaser tersebut, menujukkan Razif dan keluarganya kembali ke ibu kota dalam masa yang sama berbelah bahagi dengan keputusannya sama ada ia keputusan yang wajar atau tidak untuk kembali semula ke ibu kota, atau kembali semula ke kampung. Mona, yang dibintangi Elly Mazlien, terpaksa akur dengan kehendak suaminya untuk kembali pulang ke kampung. Persoalannya, adakah mereka masih menjadi ‘buruan’ penjenayah?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dengan apa yang bakal terjadi kepada Razif dan keluarganya jangan lupa untuk saksikan Kampung People musim kedua.

Penonton teruja

Kepada semua penonton drama Kampung People, kalau nak tahu apa yang lebih mencuit hati dalam musim terbaru ini, jangan lupa saksikan Kampung People musim kedua yang pastinya lebih kecoh dan mencuit hati anda pada pukul 9 malam bermula 17 September, setiap hari Rabu hingga Jumaat di TV3.

SKIP THIS AD ×