berita

Ada Adegan Seks Dalam Squid Game, PU Rahmat Minta Henti ‘Bedah Siri’ Dekat Media Sosial – ‘Ada Budak Bawah Umur Minta Nak Tonton’

September 29th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa yang tidak tahu mengenai Squid Game dan Money Heist kan? Sejak akhir-akhir ini, platform media sosial dipenuhi dengan respon daripada penonton yang teruja dengan siri tersebut yang kini sudah boleh ditonton.

Artikel Berkaitan: Pemilik Nombor Telefon Dalam Squid Game Dakwa Terima Lebih 4,000 Panggilan, Ramai Yang Nak Sertai Permainan

Ada adegan seks

Susulan terlampau banyak ‘bedah siri’ dilakukan, pencetus Ummah (PU) Rahmat tampil memberi peringatan kepada selebriti media sosial supaya lebih berhati-hati ketika mempromosikan siri popular Netflix di laman media sosial.

Menurut Rahmat, dia faham ramai penonton suka dengan jalan cerita siri tersebut namun ada adegan seks yang tidak sesuai untuk ditonton semua lapisan umur.

Mana-mana Islamis khususnya Asatizah dan influencer islamik yang menonton mana-mana siri Netflix macam Squid Game dan Money Heist tak perlu sampai nak buat bedah siri.

Saya faham jalan cerita best dan plot twist serta penuh pengajaran tapi siri itu juga menonjolkan adegan sex separuh bogel dan hal-hal haram lain.

Ada budak bawah umur minta nak tengok

Tambahnya lagi, disebabkan siri itu menjadi satu fenomena, ada dalam kalangan kanak-kanak bawah umur yang menyuarakan hasrat untuk menonton kepada ibu bapa mereka.

Bagaimanapun kata Rahmat, dia tidak menghalang untuk menonton tetapi biar la berpada ketika berkongsi kerana pengguna media sosial bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa.

 

Sumber: Instagram @rahmat_ikhsan_official

SKIP THIS AD ×