Seorang pengguna Threads, tampil mendakwa terdapat seorang selebriti gemar berkongsi rezeki namun makanan yang disedekahkan berada di dalam keadaan kurang baik.

Artikel Berkaitan: Usahawan Kek Dakwa Artis Umur 30an Minta ‘Sponsor’ Majlis Hari Lahir – ‘Mohon Maaf..’

Makanan basi?

Menerusi perkongsian di platform itu, individu tersebut mendakwa makanan berlebihan selalunya akan diberikan kepada pengawal keselamatan dan penghantar barang.

Rupanya ada artis yang suka beri lebihan makanan pada pengawal keselamatan dan penghantar barang.

Tapi sayang, makanan yang diberikan itu selalunya sudah hampir basi dan basi.

Menurut individu itu, pengawal keselamatan yang menerima makanan daripada artis berkenaan sudah mula menyedari akan hal tersebut.

Pengawal keselamatan pun sudah perasan dan bagi pesanan pada geng kurier (penghantar barang).

Peringatan semua 

Bagaimanapun, individu tersebut enggan mendedahkan identiti artis berkenaan meskipun diminta oleh warganet.

Namun, dia menitipkan nasihat supaya orang ramai tidak mudah menjamah makanan yang diberi dan perlu memastikan juadah tersebut selamat untuk dimakan.

Hati-hati kalau dapat makanan dari rumah artis tersebut.

Kita tak payah sebarang sebarang ambil dan terus makan apa apa pemberian orang. Sebaiknya tengok keadaan makanan itu terlebih dahulu.

Sumber: Threads