Pelakon, Wawa Zainal tampil menjelaskan sebab dirinya membawa banyak pakaian ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal & Aeril Zafrel Beri Kereta Bezza Dekat Pekerja Cemerlang, Sasar Nak Hadiah Sebuah Rumah Kalau Capai Target RM50 Juta
Ada sebab bawa baju banyak
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin menjelaskan bahawa dia membawa pakaian yang banyak kerana kos dobi untuk mencuci pakaian di Makkah terlalu mahal.
Selain itu, dia juga tidak mahu membazir dengan membeli belah sepanjang berada di Tanah Suci Makkah.
Ada juga orang komen, ‘Pergi ibadah ke holiday bawa baju banyak sangat’.
Acik (netizen), saya memang tak nak ‘shopping’ kat sini (Makkah), dobi pula mahal.
Jadi, saya bawa baju ngam-ngam untuk 11 hari, 10 malam.
Netizen dakwa nak bercuti?
Terdahulu, tindakan Wawa yang berkongsi video dirinya sedang mengemas pakaian untuk dibawa ke Makkah mencuri perhatian wargamaya.
Segelintir netizen dilihat mempertikai tindakan Wawa yang membawa banyak pakaian sehinggakan mendakwa pelakon berusia 33 tahun itu bukan mahu beribadah sebaliknya mahu bercuti sepanjang di Makkah.
Sekadar info, Wawa dan Aeril ketika ini sedang berada di Makkah bagi menunaikan ibadah umrah bersama 33 orang stokis dan ejen yang membantu syarikatnya mengaut keuntungan sebanyak RM32 juta pada tahun lalu.
Video penuh
@wawazainal92Few hours before ?? ?? original sound – WAWA ZAINAL