Kakak kepada pempengaruh Asif Suhaimi membuat pendedahan mengejutkan di media sosial, semalam apabila dia akui sudah tidak tahan dengan sikap bapa mereka yang menyalahgunakan wang hasil titik peluh Asif untuk bermain judi dan membeli barang terlarang iaitu dadah.
Beli dadah guna duit gaji Asif
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Sti Nurul Tina ini terpaksa menceritakan perkara tersebut kerana tidak mahu dirinya berterusan difitnah oleh bapa sendiri yang mendakwa Tina mengambil wang milik adiknya, Asif.
Syahmi ada buat bayaran RM 7,000 dan kak tina bank in duit hanya RM 4k dekat abah dan baki RM3k lagi untuk simpanan Asif. Kenapa tak bagi je abah 100%? why? kalau tanya jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat, semua tahu abah ni macam mana. Syahmi & Nissa pun ada nasihat suruh simpan juga saving untuk Asif.
Sehinggakan Asif pernah beberapa kali mengadu perbuatan bapanya yang kerap bermain judi di rumah. Ujar Tina lagi, dia mempunyai banyak bukti rakaman mengenai perkara itu.
Sampai tahap Asif mengadu ‘Along, abah main kuda dalam bilik kita, duit abah habis untuk main spin (judi).
Anak-anak bayar hutang bapa
Bercerita dengan lebih lanjut, Tina memberitahu wang lebihan yang berjumlah RM3,000 itu telah dikirimkan kepada sepupu rapat Asif untuk untuk membeli barang keperluan Asif termasuk makan minumnya. Tambah Tina, perkara itu juga dilakukan mereka tanpa pengetahuan si bapa kerana sekiranya lelaki itu tahu, dia akan meminta wang tersebut dari sepupu Asif.
Setakat baki duit RM3,000 baki tu aku nak buat apa? Aasif sekali shopping baju bukan sikit. Aku siap tambah duit aku buat belanja Asif. Kau rasa sejak bulan 2 payment masuk tu, sampailah bulan 6 ni ada lagi ke baki tu?
Hutang Ah Long kau RM3,000 aku yang bayar, hutang dengan kawan-kawan kau sebab kau ambik pil kuda tapi tak bayar lastnya kawan kau cari adik aku Asyraff. End up aku juga yang tolong settle kan.
Bukan itu sahaja, lelaki itu juga pernah memaksa Asif meminta gaji daripada Syahmi walhal ketika itu, belum tiba masanya untuk pembayaran gaji.
Ada ke bapa dalam dunia ni sanggup hisap dadah depan anak OKU? hari-hari Asif hadap benda ni. Asif tinggal dengan abah, sebelum ni Asif datang rumah Kak Tina seminggu 2x kadang-kadang stay sampai 3 hari dalam 1 minggu, datang pun berbayar. Manusia bernama Suhaimi akan minta bayaran.
Duit barang dapur? aku tak pernah miss setiap bulan. Beras yang aku beli pun kadang-kadang dia jual balik sebab apa? Sebab dadah!
Difagamkan, punca lelaki itu menuduh Tina mengambil hak Asif baru-baru ini kerana tidak puas hati Tina tidak mengirim wang kepada bapanya.
Bapa tuduh Tina ambil gaji Asif
Sumber: Siti Nurul Tina