berita

‘Ada Kerja Dapatlah Duit’ – Terima Mesej Minta Bantuan Makanan, Lelaki Kongsi Kisah Sayu

March 19th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak semua orang dilahirkan bernasib baik dicukupi dengan segala keperluan. Ada segelintir yang terpaksa bekerja keras demi sebutir nasi pada hari tersebut. Tambahan pula, dalam langkah pencegahan COVID-19 sekarang ini, ada individu terputus bekalan makanan kerana kekurangan wang.

Seperti perkongsian saudara Fadamir Saad, seorang lelaki terpaksa meminta pertolongan sumbangan bantuan makanan iaitu sekampit beras.

‘Boleh saya minta bantuan makanan?’

Inilah salah satunya, kesan akibat Covid-19.

Alhamdulilah. Aku selamat sampai Gombak. Fuhhh rumah saudara nih.. Subahanallah ke dalam, mula-mula aku ingat kena scam dah. Nasib baik dia datang jugak, risau jugak aku mula-mula. Tempat ini memang sunyi, kena pula waktu sekatan perjalanan nih berkuatkuasa lagilah bertambah sunyi. Petang tadi masuk satu whatsapp dari saudara nih. Memang aku rajin dapat whatsapp, tapi semuanya adalah customer aku kali nih lain bunyi nya.

“Salam tuan. Nak tanya boleh saya minta bantuan makanan tak?” Aduss….masa nih aku tengah makan puding yang wife aku buat, terus tak tertelan. Aku tanya dia duduk mana?

“Puncak Alam.” Allah.. Jauhnya.

“Saya Gombak bang. Macam mana nak bantu?”

“Tak apa bang. Saya datang sana.”

“Abang nak datang Gombak dari sana? Jauh tu….datang naik apa?”

“Datang naik motor tuan.”

Allah. Nak datang untuk sekampit beras yang sejauh 40km benar-benar buat aku sebak.

“Macam nih kebetulan saya nak jumpa orang ambil barang dekat belah sana. So insyallah saya lajak ke sana, kita jumpa dekat rumah awak.”

“Baik tuan….”

Ada kerja dapatlah duit

Akhirnya jumpa juga kami.

“Abang kerja apa nih?”

“Kerja KD Golf. Ada kerja dapatlah duit sikit belanja. Kalau tak ada orang main golf maka tak berasap lah dapur…”

“Adusss… kenapa tak cari kerja lain?”

“Cari dah tuan. Puas saya cari, saya nih SPM pun tiada. Mereka hendak sekurang-kurangnya ada sijil SPM. Sekarang padang golf pula telah tutup…akibatnya saya terputus bekalan makanan. Duit sewa rumah pun tak berbayar lagi sekarang… insyallah saya usaha lah jugak”

Sampai di kedai….

“Abang ambik lah barang keperluan abang sekeluarga untuk 2 minggu nih….”

“Mana boleh macam tu…? Tuan lah pilih dan ambilkan. Malu saya tuan….”

“Ishh ambil apa yang abang rasa abang perlu.. Tiada masalah tu..”

Tolong jangan pentingkan diri

Allah. Masa dia belek belek barang, ada sekali dia tengok lama benda tu, selepas itu dia ambil dan letak balik, aku paham perasaan keinginan tu. Aku ambil barang itu dari tangan dia aku terus letakkan di tempat bayar. Tuan tuan tahu barang apa? Nescafe packet je. Bila berlakunya sekatan pergerakan ini insan-insan seperti saudara ini yang akan mula terasa tempiasnya.

Sebab itulah aku harap sangat sekatan pergerakan ini cepat cepat selesai. Kesian mereka, jika mereka bekerja adalah wang jika sekarang ini berlarut lagi bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan mereka?

Wallahualam….

Tolong lah jangan pentingkan diri kita tanpa memikirkan orang lain sama dengan membuat belian panik atau apa sahaja yang boleh membuatkan kuman ini tersebar. Sama-sama kita ambil langkah yang sepatutnya dengan mematuhi arahan yang dikeluarkan MKN. Moga sekatan pergerakkan ini dapat diselesaikan dengan segera seterusnya kehidupan kita kembali seperti biasa.

Tidak banyak tapi sentiasa
Tidak ramai tapi ada
Tidak kaya tapi cakna

Pertubuhan Kebajikan Dana kita..

#danakita
#stayathome
#jangantubik

Sumber : Fadamir Saad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×