Tak dinafikan, setiap episod program masakan terkenal Masterchef Indonesia penuh ‘drama’ dan sememangnya mendapat sambutan sehinggakan rancangan ini telah memasuki musim ke-8. Namun, pada musim ini kembali menjadi trending apabila salah seorang juri iaitu Chef Juna bertindak melempar pinggan peserta sehingga pecah di lantai. Terkejut semua peserta!
Dilempar pinggan peserta sampai pecah
Salah seorang peserta yang dikenali sebagai Seto mempertaruhkan resipi Udang Jamur Kucai dengan Nasi Honje dalam episod baru-baru ini di hadapan tiga orang juri. Sebaik mempersembahkan masakan tersebut di meja juri, Chef Arnold kelihatan memindahkan makanan tersebut ke pinggan baharu yang berwarna putih.
Kemudian, kelihatan Chef Juna yang sememangnya dikenali dengan sifat tegas telah melemparkan pinggan berwarna biru gelap itu sehingga pecah di lantai. Situasi tersebut membuatkan kesemua peserta Masterchef Indonesia musim ini terkejut termasuk peserta Seto juga.
Penuh kesan cap jari
Difahamkan, cara plating atas pinggan tersebut juga terlalu ‘simple’ dan banyak ruang kosong. Hal ini secara tidak langsung membuatkan juri tidak berpuas hati selepas terlihat kesan cap jari di dalam pinggan berkenaan. Seto bagaimanapun memohon maaf kepada barisan juri kerana tidak sempat untuk mengelap kekotoran di pinggan tersebut.
Walaupun rasa masakan Seto itu sedap dan mendapat pujian, tindakan menyajikan ke atas pinggan yang terang-terangan kotor dan dipenuhi dengan kesan jari itu mendapat teguran tegas juri. Sebelum balik ke mejanya, Seto dilihat mengutip serpihan pinggan tersebut di lantai untuk disimpan dan dijadikan sebagai peringatan.
Chef Juna lempar pinggan
Sumber: Infopedia